Terma & Syarat

DENGAN MENYEWA AKAUN DENGAN KAMI, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT OLEH TERMA DAN SYARAT DI BAWAH. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT DI BAWAH, JANGAN TERUSKAN MENYEWA AKAUN DENGAN KAMI.


Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan

 Kami tidak membenarkan penyewa yang menyewa akaun kami untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak patuh syariah & bertentangan dengan Fatwa Malaysia. Ini termasuklah dan tidak terhad kepada:

i) Aktiviti Forex Trading, Software Forex & apa-apa sahaja berkaitan dengan Forex Trading

ii) Iklan Gambling/Perjudian/Casino

iii) Penjualan Arak

iv) Dan Lain-lain yang menyanggahi Fatwa Malaysia

Mana-mana yang didapati melanggar syarat di atas, kami berhak untuk tidak membenarkan anda meneruskan sewaan.

Refund

Tiada Refund akan diberikan selepas anda melanggan servis kami. Anda hanya boleh untuk meminta tangguh waktu bermula sewaan selama 2 Minggu Maksimum. Jika lebih dari itu maka dikira "burn". Walaubagaimanapun kami berhak refund semula duit anda & tidak membenarkan anda menyewa atas apa-apa jua sebab



Spending Limit Akaun Iklan

Anda akan diberikan akaun iklan Spend Limit bermula no limit. Walaubagaimanapun, kami berhak menukarkan akaun anda kepada akaun spend limit $250 [RM1k+] jika kami secara tiba-tiba tidak lagi boleh membekalkan akaun no limit

Masalah Diluar Jangka

Kami Berhak memberikan refund kepada anda mengikut baki bilangan hari yang tinggal sekiranya berlaku hal diluar jangka seperti kami tiba-tiba tidak lagi boleh meneruskan servis sewa ini.

Billing Ads Account


Setiap baki di billing ads account hendaklah diselesaikan apabila anda memutuskan untuk tidak meneruskan sewaan ads akaun. Kegagalan melunaskan hutang di ads akaun anda akan menyebabkan wang deposit anda hangus.


Hacked Account

 Kami Tidak bertanggungjawab sekiranya ads akaun anda di godam dan dibelanjakan oleh penggodam. Kami tidak akan Menggatikan duit anda yang dibelanjakan oleh penggodam. Kami hanya akan memberikan ads akaun baru kepada anda. Pastikan anda sentiasa menjaga keselamatan profile anda dan sentiasa memantau ads account anda sekiranya muncul iklan yang tidak dikenali, terus laporkan kepada kami.


Tempoh Sewaan

Tempoh sewaan akaun adalah 30 hari bermula dari kami selesai deliver semua yang anda order kepada anda. Dan kami akan peruntukkan hari-hari tambahan secara percuma untuk sebarang kes masalah teknikal sekiranya berlaku.  Jika kami membuat keputusan untuk refund, kiraan refund adalah berdasarkan 30 hari sahaja.


*Kami berhak menambah @ membuang mana-mana terma & syarat tanpa sebarang makluman serta persetujuan.